Thursday, December 31, 2009

LOJIK

Lojik...

Sukar memikirkan sesuatu yang tak lojik...Ia berlaku tapi kekadang tiada lojiknya...
Ahli silap mata buat majik....tak lah susah sgt nak pikir sekarang sbb ada rancangan TV kat astro AXN tu dah dedahkan penipuan ahli silap mata buat majik...

Perkara-perkara paranormal tak usah difikirkan..kerana ianya bukan urusan kita...Tapi kalau melibatkan diri sendiri...hati dan perasaan kita...susah jugak bila difikirkan...

Sentiasa memikirkan seseorang yang aku sendiri tak brapa kenal....aku tak tau mana rumah dia...aku tak tau sapa mak & ayah dia...aku tak tau dia keje apa...aku tak tau latarbelakang dia...lojik ke...? tak lojik kan!

Pastu punyalah gembira kalau dapat berhubungan dengan dia....kenapa ntah...aku pun tak tau...
aku betul-betul tak tau...walhal aku bukan boleh berada dekat dia....tak boleh buat apa-apa pun kalau dia jatuh ke...sakit ke...apa2 ke..tapi aku sentiasa risau akan dia...aku sentiasa fikir apa yang dia buat...dirinya sentiasa berada dalam otak aku...aku pun tak tak tahu...dia tu pikirkan pasal aku ke idak?

tapi aku suka pikir pasal dia...aku tak boleh berhenti fikirkan pasal dia...hatiku senang kalau dapat bercakap ngan dia...dia ada dalam otak aku...kekadang aku berangan mcm mat jenin...
tapi hakikatnya aku sentiasa sedar..aku tak boleh berada dekat dengan dia...apa lagi memiliki dia mustahil sama skali...malah aku sentiasa berharap dia bertemu dengan orang lain...dan menjaga dia..

aku ni gila ke? tak...aku belum gila...aku masih waras...aku masih pergi keje...pergi kelas...tekun dalam kerja aku...bos sentiasa puji...aku masih teguh dalam iman aku...kepada ALLAH swt

atau...aku ni bodoh kot...ye la...aku ni bolehlah di katakan bodoh...berangan untuk memiliki sesuatu yang mustahil...mat jenin pun lagi cerdik dari aku..sbb dia berangan sesuatu yang tak mustahil...

kata orang cerdik pandai...manusia selagi ada harapan dia akan berusaha mencari jalan...
tapi aku tak berusaha pun...malah aku tak nak berusaha ke arah tu...
aku cuma nak dok camni...layan..sbb rasa bahagia...dan satu hari aku tau ianya akan berakhir...
walaupun hati aku tak mahu ianya berakhir...itu amat mustahil..

aku sayang isteri aku...anak2 aku....mereka ibarat nyawa bagi aku...kalau dia orang tak der...aku lemah untuk meneruskan hidup...memikirkan air mata isteri aku gugur semasa melahirkan anak-anak sudah cukup untuk aku menyayangi dia seumur hidup...terima kasih isteriku...walaupun isteriku banyak kekurangan tetapi itu adalah kelemahan ku...keputusan aku yang tak boleh aku kesalkan...itu prinsip aku...aku gagal mendidik dia dengan baik...aku tak kisah tu...yang aku tahu...dia isteri yang baik..patuh pada perintah ku...perintah agama...dan menjaga anak2 ku dengan baik...

tapi si dia memberi aku kebahagiaan...memberi aku dorongan untuk terus ke depan...dan yang paling baik aku semakin dekat dengan ALLAH swt sejak aku kenal dia...ALHAMDULILLAH...itu sudah cukup bagi aku...

dia istimewa...dia cantik..budi pekerti yang baik...hamba ALLAH yang taat...dia mungkin lebih baik dari aku ni...dia ada segala-galanya...aku sendiri pun tak tahu apa yang dia tak ada...hanya dia saja yang tahu...tapi pada aku..dia amat sempurna...aku tak pernah kenal orang sesempurna dia...itu membuatkan aku takut dan amat mustahil bersama dia...kekadang aku terfikir macamana agaknya hendak menjaga orang sesempurna itu...tentu mesti mempunyai keupayaan yang sangat tinggi dalam segala-galanya...kalau aku belum berkahwin pun aku tak akan mampu memiliki dia...aku takut dengan kesempurnaan dia...

Jadi aku buat kesimpulan...aku hanya singgah sebentar saja...nanti aku pergi...umpama duduk kat bus stand..terjumpa seseorang...kita suka kat dia...kita berbual..bersembang...lepas tu bila bas dia datang....dia naik...maka berakhirlah kegembiraan yang sementara itu...begitulah agaknya...

aku akan cuba melupakan dia bila dia dimiliki orang...INSYALLAH...walaupun amat mustahil...






l

POLITIK.

POLITIK...

Apa itu politik?..Politik adalah cara orang membuat keputusan atau keupayaan mempengaruhi orang lain untuk membuat keputusan...

Politik mempunyai banyak kebaikan...tapi banyak juga keburukan..

Aku suka politik...kekadang aku benci politik.

politik di pejabat...politik di kejiranan...politik dalam keluarga...
yang paling menyampah..politik negara...

Indahnya politik negara kalau semua orang yang terlibat dalam politik sentiasa berlumba-lumba untuk memberi kebaikan kepada rakyat marhain...

Tapi buruknya politik kalau mereka dok bergadoh...membuat fitnah...mencuri harta rakyat...
hampir setiap hari kita dimomokkan dengan berita politik....politik..politik..politik...

semua benda nak dipolitikkan...

harga barang naik jadi politik...bas kemalangan jadi politik...kes jenayah jadi politik...pendek kata semua benda jadi politik kat Malaysia nih...
pening kepala memikirkan politik...
suka politik..tapi benci politik...

Semoga ALLAH memberi kemakmuran kepada MALAYSIA tercinta...

Amin..

Sayang dan Cinta

Sayang dan cinta..
Adakah ianya berbeza?
Kekadang aku sukar membezakannya...tapi hakikatnya ianya berbeza...
Aku sayang Ibu ku...Ayahku...Adik..Abang...
Sayang anak-anakku...
sayang isteriku...
sayang agama ku..
sayang tanahair...

tapi cinta ku...
ada orang kata cinta pada tanah air...cinta pada agama...

sama kan...


tapi itu perkara yang berbeza....

cinta dan sayang pada manusia memang berbeza...cinta pada manusia tentunya mendalam
lebih-lebih lagi bila kita tahu insan yang kita cinta itu juga menyintai kita...
cinta pada tanah air dan agama tidak sama seperti kita cintakan seseorang insan..
kita tahu tanah air dan agama sesuatu yang tidak mempunyai perasaan...tapi kita tetap cintakan tanah air dan agama kita..

cinta pada seseorang bermaksud kita cintakan kan dia....kita ingat pada dia setiap masa...kita bimbang sekiranya sesuatu berlaku pada dia...kita suka berbicara dengan dia...hati kita suka mendengar suaranya...hilai tawanya membuatkan kita senang...

adakah cinta pada manusia kekal?...tidak akan berkurang?..akan bertambah?...aku tak tahu...orang yang aku cinta tak mampu aku miliki...

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagi Allah,Tuhan Semesta Alam yang tiada sekutu bagiNya,Yang Memberi Hidayah kepada yang dikehendakinya,Yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati manusia(na'udzubillahi min dzalik),Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
suka untuk saya berkongsi sebuah kisah pada zaman nabi s.a.w di mana ketika itu ada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda dan menyampaikan hasratnya untuk menyertai baginda dalam sebuah jihad. lantas apa yang di jawab oleh baginda adalah bukan seperti "adakah kamu handal dalam menunggang kuda?" "adakah kamu bijak bermain pedang " "adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?"
tidak sama sekali persoalan itu yang bangkit dari mulut bagi,,malah perkara yang ditanyakan adalah "adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?"
seraya lelaki itu menjawab "saya sudah tidak berbapa tetapi saya masih mempunyai seorang ibu yang kini berada di rumah"
baginda pun berkata "adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya??"
"semestinya dia memerlukan saya"
lalu baginda pun menasihati"pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana sekiranya kamu berbakti kepadanya,sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fi sabilillah"
jelas,nyata dan terang sekali bertapa mulianya seorg ibu dan mulianya menjadi seorg ibu di muka bumi ini. ibu adalah insan yang sangat penting dalam hidup kita.
mengimbas kembali harian metro di mana kita di kejutkan dengan berita eksklusif "seorang warga emas wanita Islam dihantar ke rumah jagaan org tua bukan Islam"
"dua anak derhaka tergamak menghantar IBU MEREKA, seorang HAJAH berusia 71 TAHUN ke PUSAT PENJAGAAN ORANG TUA BUKAN ISLAM,menyebabkan warga emas itu tidak dapat menunaikan ibadah kerana tiada kemudahan berbuat demikian di pusat itu"
tidakkah golongan seperti mereka ini terfikir bahawa siapalah mereka tanpa ibunya??
tidakkah satu kepentingan bagi seorang anak mempunyai seorang ibu untuk lahir di muka bumi ini?
baharu sahaja tadi kita melihat contoh betapa Rasulullah sendiri meentingkan perihal ibu berbanding perihal jihad.inikan pula barita terkini ini.
Rasul s.a.w pernah berkata:"semua dosa akan ditangguh sesuai dengan kehendak Allah sehingga ke hari pengadilan kecuali dosa ANAK DERHAKA" maksudnya Allah akan terus menimpakan azab kepada seorang anak derhaka tanpa menunggu pada hari kiamat.
justeru,ambillah iktibar daripada kisah-kisah di atas,janganlah kita biarkan ibu pergi sebelum kita sempat menabur budi,sebelum ibu meninggalkan kita,sebelum jasad ibu dikandung tanah,,
jauhila daripada mendapat tittle "ANAK DERHAKA" kerana amatlah besar balasan menjadi anak derhaka antaranya:-
-mendapat KEMURKAAN Allah-mendapat BALASAN SEGERA iaitu di dunia(seperti kisah alQomah&aljuraish)-mendapat DOSA BESAR-di TOLAK AMALANnya-masuk NERAKA-TIDAK DAPAT 'MELIHAT WAJAH ALLAH'-mendapat SEKSAAN YANG PEDIH-hilang NUR diwajahnya-mati dalam SU'UL KHATIMAH-

wallahua'lam,,wassalam