Thursday, December 31, 2009

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Segala puji bagi Allah,Tuhan Semesta Alam yang tiada sekutu bagiNya,Yang Memberi Hidayah kepada yang dikehendakinya,Yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati manusia(na'udzubillahi min dzalik),Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
suka untuk saya berkongsi sebuah kisah pada zaman nabi s.a.w di mana ketika itu ada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda dan menyampaikan hasratnya untuk menyertai baginda dalam sebuah jihad. lantas apa yang di jawab oleh baginda adalah bukan seperti "adakah kamu handal dalam menunggang kuda?" "adakah kamu bijak bermain pedang " "adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?"
tidak sama sekali persoalan itu yang bangkit dari mulut bagi,,malah perkara yang ditanyakan adalah "adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?"
seraya lelaki itu menjawab "saya sudah tidak berbapa tetapi saya masih mempunyai seorang ibu yang kini berada di rumah"
baginda pun berkata "adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya??"
"semestinya dia memerlukan saya"
lalu baginda pun menasihati"pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana sekiranya kamu berbakti kepadanya,sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fi sabilillah"
jelas,nyata dan terang sekali bertapa mulianya seorg ibu dan mulianya menjadi seorg ibu di muka bumi ini. ibu adalah insan yang sangat penting dalam hidup kita.
mengimbas kembali harian metro di mana kita di kejutkan dengan berita eksklusif "seorang warga emas wanita Islam dihantar ke rumah jagaan org tua bukan Islam"
"dua anak derhaka tergamak menghantar IBU MEREKA, seorang HAJAH berusia 71 TAHUN ke PUSAT PENJAGAAN ORANG TUA BUKAN ISLAM,menyebabkan warga emas itu tidak dapat menunaikan ibadah kerana tiada kemudahan berbuat demikian di pusat itu"
tidakkah golongan seperti mereka ini terfikir bahawa siapalah mereka tanpa ibunya??
tidakkah satu kepentingan bagi seorang anak mempunyai seorang ibu untuk lahir di muka bumi ini?
baharu sahaja tadi kita melihat contoh betapa Rasulullah sendiri meentingkan perihal ibu berbanding perihal jihad.inikan pula barita terkini ini.
Rasul s.a.w pernah berkata:"semua dosa akan ditangguh sesuai dengan kehendak Allah sehingga ke hari pengadilan kecuali dosa ANAK DERHAKA" maksudnya Allah akan terus menimpakan azab kepada seorang anak derhaka tanpa menunggu pada hari kiamat.
justeru,ambillah iktibar daripada kisah-kisah di atas,janganlah kita biarkan ibu pergi sebelum kita sempat menabur budi,sebelum ibu meninggalkan kita,sebelum jasad ibu dikandung tanah,,
jauhila daripada mendapat tittle "ANAK DERHAKA" kerana amatlah besar balasan menjadi anak derhaka antaranya:-
-mendapat KEMURKAAN Allah-mendapat BALASAN SEGERA iaitu di dunia(seperti kisah alQomah&aljuraish)-mendapat DOSA BESAR-di TOLAK AMALANnya-masuk NERAKA-TIDAK DAPAT 'MELIHAT WAJAH ALLAH'-mendapat SEKSAAN YANG PEDIH-hilang NUR diwajahnya-mati dalam SU'UL KHATIMAH-

wallahua'lam,,wassalam

No comments:

Post a Comment