Semalam si dia memberitahu aku keluarganya hendak mengambil anak angkat...yang merupakan seorang anak yatim..ermmm...murni sungguh hasrat itu. Kalau kita banyak harta dan kaya dan bersedekah di jalan ALLAH swt..maka kita akan jadi mulia. Moga ALLAH swt akan membalas kebaikan dan amal jariah keluarga dia. Aku bukan hanya kagum dengan dia...tapi juga keluarganya.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” Bayangkanlah Rasulullah saw umpamakan mereka yang menolong anak yatim dengan baginda seperti itu.
Ditegaskan oleh Allah dengan firman-Nya dalam Surah Al-Ma’un Ayat 1-3 yang ertinya ”tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang mensia-siakan anak yatim dan orang-orang yang tidak peduli terhadap nasib orang miskin”.Berusaha mencari kekayaan dan harta amat dituntut dalam islam. Nabi Ibrahim a.s diriwayatkan mempunyai beribu-ribut haiwan ternakan dan anjing gembalanya diriwayatkan ada seribu ekor dan dipakaikan dengan rantai leher emas. Tapi Nabi Ibrahim a.s tidak lalai dalam mematuhi suruhan ALLAH swt. malah lebih tegar beribadat dan takut kepadaNya. Nabi Daud a.s adalah seorang raja (King David), Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan ramai lagi contoh Nabi dan Rasul yang taat pada ALLAH swt walaupun diberi kekayaan yang melimpah ruah.
Teringat aku pada dua kanak-kanak yang pernah aku jumpa semasa aku menjalani latihan industri pada tahun 1993. Aku duduk bujang bersama kawan-kawan di flat seksyen 1 Wangsa Maju. Bila hari minggu waktu petang dua adik beradik, lelaki dan perempuan, umurnya dalam 6 & 7 tahun datang menjual kuih. Mereka menjual kuih dari pintu ke pintu, naik dan turun tangga sambil membawa dua bakul kuih. Macam-macam kuih ada kekadang karipap, koci, goreng pisang dan macam-macam lagi. Aku pernah tanya mereka, mereka kata bapa mereka telah tiada (samada dah meninggal atau tak, tak tau lah), mereka tinggal dengan ibu mereka saja dan ibu mereka bekerja dan pada malamnya ibu membuat kuih untuk dijual. Aku tengok lengan budak lelaki tu dah macam ada kesan masuk kedalam dalam setengah inci. Aku tanya kenapa dengan tangan tu. Dia jawab sebab dok bawak bakul kuih tu selalu sebab tu lengan jadi camtu.
Selalu aku beli lebih kekadang 5 ringgit kekadang 10 ringgit walaupun tadak orang nak makan kuih tu. Sedih aku mengenagkan dua beradik tu. Budak tu memang mengingatkan diri aku. Tak tahu apa jadi dengan budak tu. Semoga dua beradik tu menjadi orang yang berguna kepada agama dan negara.
"Jangan kita fikir kita susah kerana akan ada orang lagi susah dari kita"
"Jangan kita fikir kita kaya kerana akan ada orang yang lagi kaya dari kita"
"Tengok ke bawah untuk letakkan di mana diri kita, pandang ke atas untuk jadikan dorongan kepada kita".
WASSALAM..
No comments:
Post a Comment