Mak aku sorang saja...ramai orang kampung kenal mak aku...orang panggil mak aku mak muda...sbb ayah aku bongsu...orang panggil ayah aku pak muda...mak aku glamer...pandai buat kuih...pandai buat ketupat...semua orang tahu kuih pulut lepa dan ketupat palas mak aku sedap. Sekarang pun dia masih buat kuih. Mak aku bangun pukul 4 pagi buat kuih. Aku tanya mak aku perlu lagi ke mak buat kuih tu. Kami kan semua hantar duit kat mak. Mak kata dia tak boleh ubah cara hidup dia. Hidup dia buat kuih.
Tapi ramai orang tak tahu derita mak aku..susah mak aku...kepayahan dia menjalani hidup...berapa banyak air mata dia gugur sepanjang hidup dia. Mak aku pernah buat macam-macam dalam hidup dia, menoreh, bersawah, menjual, menanam sayur, bela lembu, cari kayu, buat kuih..mcm -mcm lagi semata-mata untuk mencari rezeki.
Tiada orang yang boleh membuatkan aku mengalirkan air mata...selain mak aku. Setiap kali aku mengenangkan kisah silam mak aku...aku menitis air mata. Berapa banyak banyak air mata aku keluar setiap kali mengenangkan mak aku pun aku tak tau. Paling aku tak boleh lupa suatu hari aku minta duit dari mak aku untuk bayar yuran sekolah. Aku darjah dua kot masa tu. Mak aku cakap dia takder duit. Tapi aku minta juga sebab cikgu dah minta banyak kali, aku tak nak pegi sekolah kalau mak aku tak bagi duit sebab aku malu dengan kawan-kawan. Mak aku keluar rumah pegi kedai runcit berhampiran. Aku ikut belakang mak aku, sampai di kedai mak aku cakap ngan tuan kedai dia nak berhutang duit. Bukan dapat duit tapi maki hamun tuan kedai yang dapat sebab dah banyak hutang mak aku kat kedai tu dalam buku tiga lima. Menangis mak aku, dia dukung aku berlari balik rumah, banyak air mata mak aku tumpah atas baju sekolah aku. Lepas hari tu aku tak minta duit dengan mak aku lagi.
Hari ni aku jadi camni pun sebab mak aku...berkat doa mak aku...masa sekolah setiap kali apa aku nak buat apa-apa aku ingat mak aku..tak tau camana nak membalas jasa mak aku. Kesakitan dia semasa melahirkan aku pun takkan terbalas. Aku tak pernah rasa sakit camtu. Orang kampung tanya aku kenapa dalam ramai-ramai adik beradik kau kau paling kecik?..aku jawab aku ikut mak aku...dia orang tanya apesal kulit aku berbeza ngan adik beradik aku lain?..aku jawab aku ikut mak aku. Mak aku sayang aku...selalu dia cerita ngan orang aku belajar pandai sampai pegi luar negara. Mak aku nak pilih menantu untuk aku aku tak nak, aku cari sendiri, mak aku tetap sayang dengan aku. Mak aku sayang anak-anak aku sebab dia sayang aku. Dia tak pernah tunjukkan dia tak sayang aku. Aku berjaya dalam pelajaran sebab mak aku. Aku bukan pandai sangat dalam pelajaran. Semua sebab berkat doa mak aku. Kalau tak ada mak aku tak tau aku sekarang jadi apa. Tak tahu camana nak balas jasa mak aku.
Tapi aku tak tahu apa sebenarnya dalam hati dia. Aku tak tahu samada berapa banyak aku pernah sakiti hati dia. Takut aku memikirkan kisah Al-Qamah di zaman Rasulullah SAW tu. Takut aku takkan masuk syurga sebab mak aku sakit hati dengan aku. Selalu masa kecil aku tak dengar cakap mak aku. Dia suruh pegi kedai beli barang dapur aku minta upah 20 sen, kalau tidak aku malas pergi. Dia pesan suruh mandi sebelum maghrib aku selalu lalai, dia suruh sembahyang tepat pada waktu aku selalu lalai. Selalu dia nasihat aku...tapi aku tak ikut..aku buat pekak jer. Aku berdosa ngan mak aku.
Hanya aku dan adik Aku mengaji dengan mak aku. Sabar dia mengajar aku mengaji. Tapi aku yang malas. Tak habis aku mengaji dengan mak aku. Sakitkah hati dia?. Walaupun aku degil mak aku tetap sayang aku. Aku manja dengan mak aku. Masa kecik, Aku selalu ikut dia pegi bagi minum air lembu, pegi sawah, tolong dia kat dapur, tolong dia tanam sayur. Satu hari dia pura-pura tinggalkan aku macam cerita batu belah batu bertangkup tu. Dia menyorok balik semak. Aku menangis sebab aku ingat mak aku dah lari. Dulu aku malu bila dia cerita dengan adik beradik lain, sekarang aku tak malu lagi sebab aku sayangkan mak aku. Satu hari aku terseliuh kaki sebab main bola, balik waktu maghrib. Banyak dia berleter, tapi lepas isyak dia dukung aku pegi jumpa tukang urut. Hati seorang ibu kan.
Sekarang mak aku selalu telefon sebab tanya aku balik kampung ke tidak. Pendengaran dia pun dah kurang baik. Susah nak bercakap dengan dia. Sepatutnya aku menjaga dia bila dia tua ni tapi aku dok kat Kuala Lumpur pulak. Aku bercita-cita nak menjaga mak aku sebelum dia menutup mata. Aku nak jaga dia sama seperti dia jaga aku masa kecik dulu. Dia dukung aku, dia basuh berak aku, dia pakaikan baju aku, dia jaga aku dari semut, nyamuk dan apa-apa yang nak gigit aku. Camtulah juga aku nak jaga dia.
Mak aku seorang saja...
Aku sayang mak aku...
Biar orang tahu aku sayang mak aku..
Aku berdoa dengan ALLAH agar diberi peluang menjaga dia sebelum dia menutup mata. Video ni buat aku mengalir air mata setiap kali aku menontonnya sebab sama sebijik masa aku dengan mak aku masa kecik-kecik dulu. Semoga aku dimurahkan rezeki dapat balik kampung menjaga dia. INSYALLAH..
Ya ALLAH berikan aku waktu untuk menjaga mak aku.
Saturday, January 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment