Friday, January 1, 2010

TERLELAP...

Pagi tadi ada jiran jemput gi makan2 umah dia kul 11 pagi..aku bangun kul 10...pastu sementara tunggu kul 11...dok atas khusi...pastu terLELAP...sedar2 1230 tghhari....terlepas majlis tu...
segan la kawan jiran tu...

pastu jumpa kawan tu kat majlis jiran lain plak lepas jumaat...sempat la minta maaf ngan dia..

pasal kes terLELAP ni teringat plak pasal kes bas ekspres sani yang eksiden tu...takziah ke atas semua 10 mangsa yang terlibat. Driver tu ngaku dia terLELAP, errmm....payah jugak tu kan...
Semalam dengar2 driver tu kene dakwa plak...ermm...

Adil ke?

Jangan semata-mata kerana nak memuaskan hati 10 keluarga mangsa kita buat pendakwaan...kita sepatutnyer lebih rasional...tapi di Malaysia ni memang camtu...ada je kes mesti nak buat pendakwaan...semua pihak melenting...sibuk cadang tu cadang ni...cadangan tak masuk akal pun ada...tak bagi bas ekspres jalan malam...hahaha...saper nak naik bas ekspres siang hari?...hahaha...lingkup lah syarikat bas tu..

Teringat aku masa kisah penhijrahan Nabi junjungan kita Muhammad SAW...ketika Nabi kita dikepung oleh tentera Quraisy bersama Saidina Ali a.s, Rasulullah mengambil segenggam pasir lalu menabur kepada tentera berkuda Quraisy..maka terLELAPlah tentera Quraisy tu...

TerLELAP adalah kuasa ALLAH...kita menguap, mengelip mata...dan lain2 lagi fenomena anggota badan kita adalah dengan kuasa ALLAH swt...sekiranya benar driver tu terLELAP...ermm...kesian dia sekiranya dia dikenakan penjara 20 thn...bagaimana dengan anak-anaknya?..isterinya?...
semata-mata hendak memuaskan hati 10 keluarga...

Aku pun pernah terLELAP semasa memandu...rasa mcm tak ngantuk...tetapi hilang 1-2 saat...hampir nak langgar signboard di merapoh masa balik kampung 2-3 tahun lepas...ALHAMDULILLAH...dengan izin ALLAH..aku selamat...

No comments:

Post a Comment