Friday, January 1, 2010

CALL...


Memandu dari KL ke Cherating tidak lah begitu menyiksakan. Mungkin aku sudah biasa memandu selama 7-8 dari KL ke Besut kalau balik kampung. Pun begitu bila sampai di persimpangan Kuantan tahap pemanduan telah menjadi tepu, dan kebosanan mula terasa. Aku mula memecut tanpa aku sedar halaju telah mencecah hampir 200km/j. Lama jugak aku tak memandu laju. Selalu memandu kereta WISH ni mesti bawak famili jer, so bawak kene slow la. Ini ada peluang memandu sendirian, jadi hentam tak ingat. lagi pulak jalan kuantan-gambang LPT tu straight.

Fikiran asyik memikirkan dia, apa dia buat? sihat ke dia? dia pakai baju apa? dia makan apa?...(walaupun aku tak pernah jumpa dia). Tgh syok memecut deringan handphone atas seat penumpang sebelah berdering...rupanyer..si dia call...missed!..dia call kali kedua...aku cuba jawab...bateri out!!...alamak rugi betoi...ermm...aku pecut sampai Cherating...kul 7 sampai Holiday Villa..

Malam aku sms...dia jawab ok...aku call...lama baru dia angkat..ermmm...dapat jugak dengar suara dia...tapi ramai orang rumah dia...bunyi tak selesa jer...so...babai..anyway nyesal la plak...

Esoknya sebelum mesyuarat dia call...dia kata semalam tak sesuai bercakap...ok...no harm done...aku sentiasa faham keadaan dia...aku yang bersalah dalam hal ni..

Aku kekadang pening memikirkannya...sebolehnya aku tak nak call...sbb nyusahkan dia...lagipun aku tak pasti dia suka ke idak aku call dia...ntah2 dia tak suka...tapi dia cakap dia suka...pastu aku berjanji takkan call atau sms..

tapi dia plak call kekadang...sms...ada missed call...tak tergamak plak kalau tak reply...serbasalah aku jadinya...

sebenarnya aku seronok dapat mendengar suara dia...aku cukup suka hilai tawanya...kenapa ntah...suka...tak tau naper...

lepas meeting aku terus cabut balik kl......ingat nak stay sehari lagi...rasa boring plak.. aku memandu laju lagi...sampai stereng gegar...180-200km/j aku bedal...kete aku pun dah steady lagi...dulu aku cukup jaga...skg ni aku tak jaga kot..alignment dah lari ler tu...cinta pada benda tak bernyawa camtulah..bukannya kekal...

Cinta aku pada dia pun takkan kekal...tak tau sampai bila...

No comments:

Post a Comment