Friday, January 1, 2010

SELAMAT DATANG 2010


Selamat datang 2010. Selamat tinggal 2009. meningkat setahun lagi usia aku. Aku dah 37 tahun. Tak sedar pun diri dah tua...bekalan dunia pun tak ada...bekalan akhirat apatah lagi.

Sambutan tahun baru 2010 di dataran merdeka sungguh meriah, 20,000 hadir untuk memeriahkan sambutan, konsert yang di hadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, dan dihiburkan oleh amy search, ella dan bunkface menggamatkan suasana sebelum bedilan bunga api tanda ketibaan 2010 pada jam tepat 12tgh mlm. Begitulah hangatnya sambutan tahun baru kalendar gregorian yang bukan hanya di Malaysia malah diseluruh dunia.

Alangkah indah kalau Maal Hijrah atau awal muharram disambut secara besar-besaran. Tapi hakikatnya sambutan maal hijrah hanya disambut sederhana dan lebih malang lagi ramai antara kita tidak mengetahui pun maksud sebenar maal hijrah, kenapa kita menyambut maal hijrah? dan apalagi menghayati pengorbanan Nabi besar junjungan kita dalam menyebarkan syiar islam di muka bumi ini.

Walaupun ramai antara kita tidak mengetahui apakah maksud sebenar tahun baru itu, tetapi itu tidak pernah menjadi isu kepada mereka, apa yang mereka tahu sambutan tahun baru mesti disambut dengan meriah, menari, berjoget, konsert, berpesta dan berseronok sampai ke pagi. Lebih malang lagi pemerintah atau kerajaan menyediakan platform yang baik untuk mereka bergembira dan melakukan maksiat. Dataran merdeka, bintang walk dan uptown bangsar sudah menjadi tempat yang tidak asing lagi untuk menyambut tahun baru di ibu negara. Berita hari ini banyak juga menunjukkan pasangan-pasangan ditangkap khalwat di malam tahun baru. Ini sudah menjadi trend dan lama-lama kelamaan akan menjadi budaya yang berakar umbi dalam rakyat kita.

Mengikut persepakatan gereja-gereja kristian eropah barat Tahun baru atau 1hb januari adalah hari kelapan Nabi Isa berkhatan. (8 hari dari tarikh kelahiran 25th Dis (krismas)). Ini telah ditetapkan sebagai permulaan kalendar gregorian. Dalam kalendar cina, tahun 2010 digambarkan sebagai tahun harimau besi yang membawa lebih kekuatan dan mampu menyahut cabaran.

Manakala dalam kalendar hijrah 1 muharram telah di kira sebagai tarikh permulaan tahun baru. Ini telah ditetapkan semasa perbincangan Saidina umar al khattab dan Saidina Ali r.a. Walaupun penghijrahan Nabi kita pada bulan rabiulawal tapi 1 muharram telah dikira sebagai permulaan tahun kerana detik hijrah telah dirancang oleh Nabi saw. pada bulan muharram.

Kerosakan akhlak anak-anak muda semakin parah. Kes ragut, buang anak, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi berita yang kekadang tak mampu dijangkaui oleh fikiran kita. Semakin benci melihat platform-platform yang dihidangkan setiap hari oleh pemerintah kita samada di kaca tv atau pun program-program lain yang langsung tidak mendatangkan faedah. AF, Malaysia IDOL, Gangstarz, konsert-konsert dan bermacam-macam lagi rancangan realiti atau 'talk show' yang memberi seribu harapan kepada anak muda untuk menceburi bidang hiburan yang menyediakan platform kearah kemaksiatan.

Bagi aku 2009 adalah tahun yang indah...banyak kejayaan dicapai...lulus peperiksaan PTK 3 & 4...lulus pendaftaran professional juruukur bahan, mendapat 4 flat semester 2 program master dan bertukar kerja ke cawangan yang lebih memberi motivasi. Dan yang paling indah pada tahun 2009, mengenali seorang insan yang mendorong diri ke arah kejayaan dan ke jalan yang diredhai oleh ALLAH swt.

ALHAMDULILLAH...SYUKUR..

Semoga tahun 2010 membawa lebih keberkatan bagi semua dalam semua segi samada ekonomi, politik, keredhaan ALLAH swt dan ketenangan hati.

No comments:

Post a Comment