Adakah secara lazimnya perkataan ALLAH digunakan oleh penganut Kristian di Negara ini? Menurut sahabat-sahabat saya yang beragama kristian di Negeri Sabah dan Sarawak mereka menggunakan perkataan ALLAH secara lazim semasa di Gereja. Persoalannya adakah wajar penganut agama kristian menggunakannya secara rasmi dalam penerbitan mereka?
Kitab bible menyatakan tuhan sebagai 'GOD' atau 'LORD'. Konsep ketuhanan penganut kristian amat berbeza dengan penganut islam. Ketuhanan agama kristian yang berkonsepkan triniti iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan roh. Tidak seperti agama islam yang berkonsepkan tuhan esa atau tunggal, tiada anak dan diperanakkan. Perkataan ALLAH sememangnya ditulis di dalam al-quran dan disebut dari zaman Rasulullah saw hingga ke hari ini dan digunakan secara mutlak oleh penganut islam di seluruh dunia.
Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:
Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya. Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALLAH SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.
Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.
Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka.
Adakah penganut kristian perlu menggunakan kalimah ALLAH dan kenapa baru sekarang isu ini timbul dan dipohon di mahkamah? Adakah keputusan penghakiman oleh mahkamah tinggi menjejaskan keharmonian beragama di Malaysia? Yang pasti ini adalah permainan kotor pihak kristian yang sentiasa mahu memecahbelahkan umat islam di Malaysia.
Yang jelas di sini keputusan tersebut boleh mendatangkan implikasi yang buruk kepada umat islam di Negara kita. Umat islam di Negara kita yang sememangnya rapuh dalam akidah boleh menjadi terkeliru dan mudah terkeluar dari landasan akidah. Remaja dan generasi baru yang rata-rata lalai dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral adalah kumpulan yang mudah terkeliru dengan situasi ini.
Bangsa melayu yang menerima islam secara baka ataupun menerima islam tanpa perjuangan adalah bangsa yang mudah menerima kepercayaan yang karut marut. Sejarah membuktikan tanah melayu yang menganuti agama hindu semasa kerajaan langkasuka atau lembah bujang mudah menerima kepercayaan yang berbentuk mistik dan kedewaan. Penerimaan islam hanya berlaku bila parameswara bermimpi melihat pandakwah arab yang bersembahyang ditepi pantai. Pada keesokan harinya beliau melihat perkara tersebut dan mengisytiharkan agama islam adalah agama rasmi tanah melayu. Begitulah islam yang kita terima pada hari ini tanpa perjuangan dan masih bercampur aduk dengan budaya dan adat agama hindu. Kita boleh melihat dalam upacara pekahwinan dimana adat resam hindu masih diamalkan dan sukar dibuang dalam pemikiran orang melayu.
Keputusan mahkamah ini perlu kita tentang dan terima kasih kepada semua pihak yang sedar akan bahaya ancaman ini.
Nasharuddin Mat ISa hari ini menyifatkan keputusan mahkamah tersebut merupakan ancaman besar kepada umat islam dan mengajak seluruh umat islam bersatu menentang ancaman ini. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh umat islam di Malaysia bersatu tanpa mengira warna politik. Sempena menempuh tahun baru 2010 ini keputusan mahkamah ini ada hikmahnya untuk umat islam di Malaysia. Kita sepatutnyer sedar bahawa perbezaan politik tidak boleh menjadi penghalang kepada perjuangan islam. Islam yang kita terima dan warisi.
JADIKAN TAHUN 2010 TAHUN PERPADUAN UMAT ISLAM MALAYSIA
ALLAHUAKBAR
No comments:
Post a Comment