Tuesday, January 26, 2010

Bukan Islam boleh guna Allah?


Akhbar utusan malaysia hari ini menyiarkan pendirian Penasihat Parti Keadilan Rakyat yang menulis dalam The Wall Street Journal yang antara lain menyokong penggunaan kalimah ALLAH dikalangan bukan islam.

Aku tak baca artikel DSAI tu lah dalam The Wall Street Journal, tapi dari kesimpulan yang disiarkan aku tak bersetuju dengan pendirian DSAI itu. Bagaimanapun aku bersetuju dengan huraian DSAI. Memang kalimah ALLAH telah digunakan sejak sekian lama, bukan hanya oleh orang islam malah penganut kristian dan yahudi. Memang ketiga-tiga agama samawi ini dibawa oleh para rasul dan nabi-nabi. Tetapi kesemua rasul dan nabi menyeru untuk menyembah tuhan yang esa iaitu ALLAH swt. Penganut kristian telah terpesong dengan konsep tuhan anak dan tuhan bapa. Dan agama yahudi telah banyak membuat kemungkaran dengan nabi-nabi ALLAH swt dan nyata telah menolak kenabian Rasulullah saw, semata-semata kerana Nabi kita tidak berasal dari keturunan Nabi Ishak.

Diriwayatkan ketika Nabi Musa nazak baginda telah berkali-kali menyebut Ela...Ela.. iaitu ALLAH dalam bahasa aramaic atau bahasa kuno yahudi. Ini membuktikan penggunaan kalimah ALLAH dalam bahasa yahudi. Nabi Isa juga berketurunan yahudi tetapi tidak jelas dengan bahasa yang digunakan. Bagaimanapun kesemua nabi-nabi dan rasul-rasul menyeru umat manusia untuk menyembah ALLAH yang satu dan bukan seperti konsep kristian dan yahudi yang kufur pada hari ini.

Dalam konsep rakyat yang majmuk dan pelbagai anutan agama di negara kita, penggunaan ALLAH swt dikalangan bukan islam jelas tidak boleh digunapakai dan mengelirukan. Bukan saja mengelirukan malah merbahaya dan menjadi ancaman kepada umat islam. Remaja-remaja hari ini yang sememangnya rapuh amat mudah terkeliru dan terpesong tanpa disedari. Adakah ini yang kita mahu.

Aku harap ulasan DSAI bukanlah untuk menggapai satu lagi sokongan politik bukan islam (political mileage). Hanya ALLAH swt saja yang tahu niat beliau.

ALLAHUALLAM.

No comments:

Post a Comment