Wednesday, February 10, 2010
FOOTBALL
"Football is like a beautiful woman...she'll never know she is beautiful untill you tell her"..
ermmm...true or not?
Maybe...
Friday, February 5, 2010
Pulau Pinang...
Wednesday, February 3, 2010
Muak...
LAWAK....
Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian
bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah
malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada
kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan
nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi
untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"
MANGGA
Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan
seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"
PALING BERSIH
Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan
malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran
tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.
Pemilik: "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki: "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur
yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik: "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur.
Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki: "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."
BARU KAHWIN
Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa
dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan
seks
yang terlalu kerap.
"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan
kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan
mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang
bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.
Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga berpuasa dari membuat
hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui
isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.
"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"
"Sedang eloklah tu bang..." jawab isterinya..
SIAPA BANGANG
Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak
bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello.... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak..."
RAHSIA MENANGKAP IKAN
Adaseorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut....so
crew
TV99 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV99 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tenguk cara isteri pakcik tidur
bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng
ke
kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV99 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi
tu..."
CrewTV99 : "O, ye ke..."
MALUNYA
Seorang wanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif. Dier pun malu
macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan
pun memanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujuk dier keluar.
Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, "Cik.... keluar lah... aper nak
dimalukan... perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya
malu."
pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik.... tahun lepas saya ader 1 kes
lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus
meraung
bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"
Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper.--
Ketawa penawar duka....:)
Tuesday, February 2, 2010
Kasih...
tapi kasih tak perlu risau...abg bukannya nak memiliki kasih...abg cuma memikirkan kasih saja...tiada niat apa-apa pun...demi ALLAH...cuma kalau angan-angan tu ada la...hahaha...itu tak boleh abg elakkan...abg ni cuma mengagumi kasih saja...kerana abg rasa tiada sesiapa menandingi kasih dalam segala hal....(walaupun abg tak pernah jumpa kasih pun!!!!???...) sebab tak pernah jumpa kot...kalau dah jumpa tentu dah boleh tengok banyak kekurangannya...hehehe...abg kagum bukan apa...cuma abg kagum kasih seorang hamba ALLAH yang baik walaupun dilimpahi nikmat olehNYA...kalau abg pun tentu tak dapat melakukannya...
Abg ni tak layak pun untuk kasih...kasih rindu dan cintakan abg dari jauh pun dah cukup...kasih tu terlalu sempurna..kekadang abg fikir jugak..siapakah orang yang bertuah dapat memiliki kasih tu...orang yang memiliki hati kasih tu mesti mencintai kasih sepenuh hati dan sampai mati...kasih memang berhak mendapatkan cinta sebegitu...
Abg tulis ni saja-saja jer..sbb boring buat keje skolah yang banyak tu kot...saja break...saja jer...toksah dok ambil hati plak...satu lagi kasih...terlanjur kasih boleh baca blog abg ni...jangan kasih dok reveal address blog abg ni pada orang lain plak...kekadang abg tulis pasal kasih..kekadang abg tulis pasal isu semasa,...sesedap hati jer...kalau menyentuh isu politik..isu apa-apa..kalau terbaca oleh orang lain...nanti kene saman...lagi naya...kene tangkap polis plak...abg tak rujuk mana-mana pun dalam tulisan abg ni..sebenarnya untuk luahan hati abg saja...terutamanya dalam isu politik atau isu akhlak remaja semasa...ingat tau!!.!..kesian kat abg ni kene saman kat court nanti tak pasal2...kalau tak pun masuk lokap...hehehe...
Selamat malam kasih...sweet dream...satu kali tu termimpikan kasih..ntah bila ntah...dua minggu lepas kot...nampak kasih dok tercongok kat opis abg...tetiba jadi staff kat opis abg...lupa plak nak tegur kasih dalam mimpi tu...rugi betul...hehehe...kalau mengigau tu abg tak tahu...sbb abg tak sedar...agaknya selalu kot...hahaha... :-)
Wassalam...
You'll never know when you find love...till your heart tells you..
Thursday, January 28, 2010
MARAH...
so ambil pengajaran...
Bekas bos aku tu semalam...marah aku sebab tuduh aku hijack staff dia....tanpa usul periksa dia marah pot pet pot pet pot pet..tak henti 10 minit...aku diam jer...i never retaliate...its weird!!!!..1st time kot aku diam camtu...aku bukannya takut ngan dia pun...aku selalunya talkative ngan dia...pastu aku rasa sikap dia memalukan...esoknyer aku email kat dia...dia tak response..apa agaknya dalam hati dia..biar ar.....
Semakin dekat dengan ALLAH swt...semakin kurang sikap amarah tu...Insyallah...
Dulu Dina & Trisyia tu selalu aku marah...tapi sejak Irsyad..Ikhwan...aku tak marah lagi..tak tahu kenapa..dah penat ke...apa ke..aku pun tak tau...nakal camana pun ikhwan tu aku tak marah pun...kalau Irsyad tu lojik lah...tak nakal Irsyad tu...pasif...sebab dia kot aku berhenti marah...lama sangat kot aku tak marah anak...bila tiba masa Ikhwan ni...aku dah lupa kot camana nak marah...
Atau mungkin sekarang ni aku selalu teringat kat ayah aku kot...macamana kesan dia marah pada aku dan adik beradik yang lain....
Aku tak tahu...tapi yang pasti aku susah sangat nak marah orang sekarang ni...kekadang rasa kekurangan diri pulak...rasa macam bertukar personaliti...aku dah jadi orang lain agaknya...diluar sama...tapi di dalam dah lain...
penghijrahan kepada yang baik adalah rahmat...ALHAMDULILLAH...
Tuesday, January 26, 2010
Bukan Islam boleh guna Allah?
Aku tak baca artikel DSAI tu lah dalam The Wall Street Journal, tapi dari kesimpulan yang disiarkan aku tak bersetuju dengan pendirian DSAI itu. Bagaimanapun aku bersetuju dengan huraian DSAI. Memang kalimah ALLAH telah digunakan sejak sekian lama, bukan hanya oleh orang islam malah penganut kristian dan yahudi. Memang ketiga-tiga agama samawi ini dibawa oleh para rasul dan nabi-nabi. Tetapi kesemua rasul dan nabi menyeru untuk menyembah tuhan yang esa iaitu ALLAH swt. Penganut kristian telah terpesong dengan konsep tuhan anak dan tuhan bapa. Dan agama yahudi telah banyak membuat kemungkaran dengan nabi-nabi ALLAH swt dan nyata telah menolak kenabian Rasulullah saw, semata-semata kerana Nabi kita tidak berasal dari keturunan Nabi Ishak.
Diriwayatkan ketika Nabi Musa nazak baginda telah berkali-kali menyebut Ela...Ela.. iaitu ALLAH dalam bahasa aramaic atau bahasa kuno yahudi. Ini membuktikan penggunaan kalimah ALLAH dalam bahasa yahudi. Nabi Isa juga berketurunan yahudi tetapi tidak jelas dengan bahasa yang digunakan. Bagaimanapun kesemua nabi-nabi dan rasul-rasul menyeru umat manusia untuk menyembah ALLAH yang satu dan bukan seperti konsep kristian dan yahudi yang kufur pada hari ini.
Dalam konsep rakyat yang majmuk dan pelbagai anutan agama di negara kita, penggunaan ALLAH swt dikalangan bukan islam jelas tidak boleh digunapakai dan mengelirukan. Bukan saja mengelirukan malah merbahaya dan menjadi ancaman kepada umat islam. Remaja-remaja hari ini yang sememangnya rapuh amat mudah terkeliru dan terpesong tanpa disedari. Adakah ini yang kita mahu.
Aku harap ulasan DSAI bukanlah untuk menggapai satu lagi sokongan politik bukan islam (political mileage). Hanya ALLAH swt saja yang tahu niat beliau.
ALLAHUALLAM.
Sunday, January 24, 2010
SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG...
22hb Jan ...Sultan Johor...sultan iskandar mangkat...semoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH swt..hari ini dalam berita ada blogger yang dikatakan telah memberikan pendapat yang bebau fitnah dan kutukan..so kene siasat la blogger tu..aku tak mahu la memberikan pandangan yang kurang elok berkenaan dengan orang yang telah mati. Memang tak elok kita membicarakan tentang keburukan seseorang yang telah tiada..tapi teringat pulak pada kes Dato' Hassan Din dan Komando Adam yang mengamuk di Chow Kit dulu...ermmm..apa agaknya yang berlaku pada Adam tu hari ni..Allahuallam...
Negara kita ada ramai raja...tak macam negara lain dalam dunia ni...negara kita satu-satunya negara dalam dunia ni yang ada sampai 9 raja. Melaka yang berempayar seluruh nusantara dulu tak der pulak sultan, kesian negeri Melaka. Pada tahun-tahun mendatang sultan kelantan, sultan kedah dan sultan pahang nampak macam dah tak lama..insyallah pemangku raja yang ambil alih akan semoga lebih matang dan berpendidikan. Kita masih perlukan raja, orang melayu perlukan raja sebagai payung. Bukan hanya sebagai lambang tapi pelindung sekiranya berlaku kekacauan atau perselisihan dalam masyarakat majmuk. Majlis raja-raja juga penjaga hal adat istiadat dan agama islam. Harapan aku semoga pemangku raja dan sultan baru ni seperti Tengku Faris, Tengku Abdullah, Sultan Ibrahim, Tengku Nazrin dan Sultan Idris adalah sultan generasi baru yang lebih berpendidikan dan tahu isi hati rakyat marhain.
Tapi hakikatnya sultan dan raja kita tak sebegitu. Jangan di ulang kisah Sultan Mahmud seperti dalam gambar klasik lakonan Nordin Ahmad tu. Tapi kalau berterusan begini aku risau jugak, ianya akan berulang dan lebih teruk dari M. Amin yang diusung dan dijulang seperti dalam gambar klasik tu.
Semoga Malaysia lebih maju, aman, makmur dan syiar islam akan lebih bersinar di bawah naungan sultan-sultan yang lebih bijak dan cakna.
AMIN...
Friday, January 22, 2010
DATE!!!
kalau kasih baca ni...abg nak kasih tahu abg nak chat ngan kasih weekend ni...kalau kasih free la...kalau sibuk jgn la.....tak kira hari jumaatke sabtu ke......maybe kul 12mlm....lama kita tak sembang...
kekadang lama tak sembang pun bagus jugak...
TERLEBIH HIBURAN...
Baru-baru ini berlangsung acara kemuncak tahunan AJL...yang ke berapa pun aku dah tak tahu...masa aku kecik-kecik dulu aku ingat la...aku pun pernah tengok jugak..tapi sekarang ni langsung aku tak layan..,bukan sehari dua...malah 3 bulan sebelum tu publisiti rancangan tersebut dah di uar-uarkan...dah habis nyanyi...lagi ada publisiti..post mortem la..mcm-mcm lagi...khabarnya 5 juta penonton menonton AJL semasa ianya bersiaran.
Tak kisah la..brapa juta pun...tapi beberapa perkara yang patut direnung...tak cukupkah lagi hiburan kat malaysia ni?? perlu ke ada yang terkinja-kinja macam beruk kat bawah pentas tu?...ada faedah ke program AJL tu? tak dinafikan syarikat penyiaran tersebut ada program-program berbentuk ilmiah dan informatif...tapi jgn plak nak dijadikan imbangan atau alasan untuk menyiarkan program-program yang tak berfaedah. Nahdatul ulama indonesia mengharamkan rakyatnya menonton sebuah rancangan yang berbentuk seperti MELODI..rancangan yang membicarakan isu-isu artis...yang langsung tidak memberikan faedah kepada rakyat....ini patut direnungi. Bila ada isu penggunaan kalimah ALLAH oleh gereja kita berebut nak jadi juara menentang penggunaan tersebut...tapi dalam hiburan melampau oleh remaja kita senyap membisu...agaknya juara-juara ini pun suka menonton rancangan seperti ini.
Terkejut jugak bila ada seorang kawan aku tu...rakan sekolah aku..dengan bangganya dia published foto-foto dia sekeluarga dalam facebook pergi AJL...ermmm...kawan aku tu..bukan orang lain..nak komen tak brani...nanti dia tuduh aku bidaah la plak...
Aku bukan tak minat musik...agaknya akulah orang yang paling cekap dalam soal-soal lagu ni..masa kecik-kecik dulu...aku sanggup berkayuh basikal pergi pekan Jerteh sebab nak pergi beli kaset...dekat umah aku bukan ada player pun...dengar kat rumah kawan jer..tiap-tiap ahad aku mesti pergi umah kawan aku tu sebab nak dengar carta minggu ini..Begitulah aku dengan musik...aku minat...aku dengar dan tahu macam-macam lagu...dari rock hingga ke lagu p.ramlee. Agaknya kalau bukan kerana ayah aku, aku dah jadi pemuzik kot...sbb nak jadi penyanyi suara aku tak sedap. Ayah aku cukup anti hiburan muzik, radio tak pernah ada kat rumah sampai sekarang!!...Bila aku dah keje, tua camgini aku berterima kasih banyak-banyak kat ayah aku, memang sudah ketentuan ALLAH swt aku dapat ayah camtu.
Usahlah berdebat soal halal haram program seperti AJL atau mana-mana konsert pun, hukumnya tetap sama, haram!...tapi kerana nak menghalalkannya maka macam-macam hadis akan timbul. Kenapalah pemimpin hari ni susah sangat nak fikir bahawa hiburan-hiburan seperti ini lah yang menyumbang kepada salah satu faktor kerosakan akhlak anak-anak muda hari ini. Jenis-jenis muzik indi, metal, thrash, rap dan ntah apa-apa lagi yang berasal dari barat yang kekadang tak boleh masuk ditelinga aku yang bukan hanya tak ada seni malah banyak berlatarbelakangkan kekufuran.
Sekarang ni aku minat lagu dari indon tu...ermmm...kekasih gelapku...harap-harap dia kat BM tu pun minat jugak...tapi kalau dia tak minat pun tak per...aku boleh syok sendiri jer...hahaha...ketika masih boleh layan ni aku layan....nanti suatu hari lagu tu akan jadi kenangan...heheheh :)
Thursday, January 21, 2010
POLITIK & RASUAH...
Dah tentu XXX sdn bhd tu tak lepas...tak layak pun..kontraktor ali baba...camana nak lepas..ceeehh!!!...aku kene berpegang pada prinsip...kalau dia nak suruh masuk jugak kontraktor tu...aku tak nak sign!!..dia lah yang sign...aku tak nak jadi kambing hitam!!!...baik jadi kambing putih...atau jadi kambing betul..tak yah pikir benda ni..tak yah bertanggungjawab..tahu makan rumput jer...
Bila ada politik tentu ada rasuah...itu sudah jadi sinonim...aku tak nak terlibat...aku tak mahu menjawab di hari hisab nanti...nauzubillah...semalam pun dalam berita penjawat awam di pahang kene cekup rasuah seks dan rasuah wang...sbb kes curi pasir...makin teruk moral penjawat awam...
Sebagai penjawat awam...lagi-lagi aku sebagai QS kanan JKR..aku memang dekat dengan rasuah....pendek kata...aku dengan rasuah tu umpama sebelah menyebelah sahaja...hanya tepuk dada tanya iman...Alhamdulillah aku banyak terlibat dengan program anti rasuah cawangan aku...aku sebagai pegawai integriti..banyak program suruhanjaya anti rasuah aku kendalikan...alhamduillah..itu boleh menjauhkan diri aku dengan perkara jijik tersebut...lagi-lagi bila aku fikir balasan ALLAH swt di dunia bukan hanya pada aku...tapi pada anak-anak aku, isteri aku...cucu cicit aku...adik beradik aku....ermmm..jauhkanlah..
Tahun lepas aku jadi wakil JKR ke program NKRA bawah Tan Sri Nazri Abd Aziz yang PM lancar awal tahun ni...teruk aku kat situ...nak exam PTK masa tu...nak exam master lagi...duduk 3 minggu kat hotel tu..last-last aku tarik diri...aku tahu sangat lah NKRA...topeng jer lebih...bukan nak banteras rasuah sangat pun...politik! politik! politik...anyway harapan aku semoga niat yang baik diberikan hasil yang baik..tak mahu prejudis...!!!
Wednesday, January 20, 2010
Hutang...
STRESS!!!!!
Banyak keje di pejabat...amount of works!!!...unbelieveable...semua penilaian pre Q...kene buat seorang...meeting kene pegi..procurement planning kene buat...apa ni????...pakai spender kat luar dua helai pun belum tentu dapat settle tu semua...(superman pakai satu jer..)
Stress...
Keje sekolah belum siap lagi...semester ni kene submit dua chapter thesis...nak submit apa tajuk pun aku tak tentu hala lagi...stress!!!..stress!!...esok kene submit..apa aku nak taip..bahan tak der...assignment prof hakim last two weeks pun belum siap lagi....!!!! arrrrggghhhh!!!!
kat opis 12 hrs...no time to think other things!!.
Stress...kat jalan di kuala lumpur...jalan jem...orang buang sampah ikut tingkap kerete...orang potong Que...
Patut lah rambut aku dah banyak uban...stress aku ni...
Kalau teringatkan si dia BM tu....baru aku boleh kurangkan stress ni...terima kasih KASIH!!!
Thinking of you make my life easier...
Tuesday, January 19, 2010
KOMUTER
Stesen komuter bank negara tu dah berubah rupanya. Aku pun tak sedar, banyak kemudahan kat situ, tempat sembahyang, luas, ruang legar, tempat duduk...selesa...ermmm..ok la perubahan yang baik. Aku jer tak sedar..tambang pegi ke kajang pun aku dah lupa...tak ada duit kecil..bagi RM50..cebik jer muka awek penjaga kaunter tu....cun dia masa tarik muka masam...hehehe
Sampai di stesen pukul 8.15..tertera di papan kenyataan elektronik..tren ke seremban pukul 8.10..fuh!!..tepat pada masanya...tunggu sampai 8.20 tren tadak jugak...last-last pukul 8.45 baru sampai. Nampaknya tak berubah jugak KTMB...fasiliti jer berubah...perkhimatan sama jer..Masa dalam perjalanan pun sama, asyik berhenti tak tentu pasal...sampai di stesen sentral tak pasal-pasal berhenti..kenapa?...sbb nak bagi laluan pada tren ekspress wau..ada ka camtu..
150 tahun perkhidmatan KTMB..masih tidak tahu objektif bisnes...'cutomer focus'...sampai bila..nak tiba 2020..takkan perkhidmatan masih camtu..tak paham!!! Teringat janji mantan perdana menteri sebelum ini..naik jer takhta cakap nak improve pengangkutan awam...tak buat pun!!..cakap jer...perdana menteri sekarang pun sama gak..naik jer takhta naik kenderaan awam sama ngan rakyat...janji nak improve...tapi cakap jer...janji tinggal janji...inilah nasib rakyat marhain yang naik kenderaan awam...pemimpin naik kenderaan harga berjuta tapi tak pernah merasa susah, perih jerih rakyat mencari rezeki tak pernah rasa.
Dalam komuter dari bank negara...dipenuhi oleh warga myanmmar..bangla dan indon..sekerat dua kerat jer bangsa 'malaysia'. Disuatu sudut ada 3 budak perempuan remaja melayu, seorang pengkit, seorang seksi, seorang rock. Tanpa segan silu budak pengkit tu dok cium-cium budak seksi tu..tanpa pedulika orang sekeliling..apa nak jadi ngan budak zaman sekarang. Aku berdiri kat depan dia pun dia orang buat donno jer...apa nak jadi. Astaghfirullah hal azim...Rasa nak sepak pun ada...rasa kesian pun ada....rasa sedih pun ada....
Lepas stesen sentral berduyun-duyun orang masuk. Stesen sentral memang ramai orang naik. Aku memang tak duduk, walau banyak tempat kosong. Bagi peluang kat orang lain yang lebih memerlukan. Ada pulak kutu mat rock dengan tak malunyer duduk satu seat yang kosong padahal auntie yang penuh barang kat tangan (beg plastik sogo) berdiri kat tepi dia. errrmm...ini lah warga malaysia..masih tak berubah!!
Tren agak laju...bunyi bising jugak..tapi suara brother india yang bercakap ngan henpon lagi kuat. Macam tak ada orang dalam tren tu..dengan gaya tangan dan badan sekali..punya kuat dia cakap..tak paham!...tak paham!...dah memang jenis bangsa ni kot..nak tergelak pun ada.
Lepas stesen salak selatan masuk plak couple budak cina. Pakai punyalah seksi...pastu dok berpeluk, bergesel...macam kat umah dia plak...agaknya sekarang ni dah jadi pemandangan biasa kot dalam komuter, aku jer tak tau..aku yang ketinggalan zaman kot. Lepas stesen tasik selatan ada plak couple budak melayu, pakai tudung budak tu chubby, sama gak perangai ngan couple cina tu..dok bergesel, cubit-cubit,...kalau budak cina tadi aku tak rasa apa-apa...ini budak melayu aku rasa nak sepak jer...agaknya kalau aku sepak..aku yang akan kene belasah ngan orang dalam tren kot...zaman dan berubah...masyallah!!!..teringat aku kat anak-anak aku..dina, trisyia, irsyad..ikhwan...ya ALLAH...berilah aku kekuatan untuk mendidik mereka menjadi hamba mu yang taat dan soleh!!..
Di belakang aku ada budak-budak cina dan india...3 orang...dua lelaki sorang perempuan... pelajar kolej agaknya...dari penampilan dan buku yang dibawa...mereke bercerita pasal subjek yang mereka ambil..pasal perkara-perkara ilmiah...bertutur dalam english yang lancar...inilah beza bangsa cina, india dan melayu...salah siapa wujudnya perbezaan ini?..salah pemimpin?..salah pembangunan?..salah ibu bapa?..aku sendiri pun tak der jawapan..tapi yang pasti pemimpin dan ibu bapa ada sahamnya di akhirat nanti..
Lepas stesen serdang...dah tak ramai orang...tiba2 teringat pada kasih..apa dia buat agaknya...kasih sibuk sekarang...aku pun sibuk... nak buat camana...lama tak sembang panjang dengan kasih...abg rindukan kasih...
Semalam sempat chat sekejap ngan kasih...ermmm...lepas jugak rindu abg pada kasih...abg sibuk tahap ultraman sekarang kasih...bukan setakat di pejabat...pelajaran abg pun sedikit terabai sekarang...dan abg tahu kasih juga sibuk. Harap kasih sihat dan sentiasa dalam lindungaNya...
Abg harap dapat sembang panjang dengan kasih..bila ada waktu terluang...insyallah...abg gembira kalau dapat sembang dengan kasih. Kasih memberi kegembiraan pada abg...walaupun tahu satu hari ianya akan berakhir...
Tuesday, January 5, 2010
apa yang dia sedang buat.?
apa yang dia fikir?
dia makan apa?
dia pakai baju apa?
dia sedih ke gembira ni?
tapi kenapa aku fikirkan dia?...ntah lah...
dia fikirkan pasal aku ke? dia cakap ya...ntahlah...
walauapapun....aku nak yang terbaik untuk dia...dalam apa jua pun...
KUPASAN ILMU
Paling menarik adalah dialog Junjungan Besar Nabi Muhammad Saw. dengan ALLAH swt iaitu 3 baris pertama dalam tahiyyat akhir. Rasulullah saw memberi salam kepada ALLAH swt. "Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah" ALLAH swt menjawab "Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya" dan Rasulullah saw menjawab "Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh" dialog ini didengar oleh malaikat izrael dan malaikat izrael menjawab "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya".
Ustaz menambah lagi situasi semasa dimana ibu bapa yang tidak menekankan soal sembahyang kepada anak-anak adalah sesuatu yang serius dan boleh membawa kepada ancaman agama islam. Isu penggunaan kalimah ALLAH swt oleh gereja boleh membawa kekeliruan dan kerosakan akidah kepada generasi baru. Apa akan jadi jika ALLAH dalam gereja atau masjid adalah sama?. Bagaimana kalau generasi baru ini atau anak-anak kita tidak faham agama. Seluruh umat islam perlu bangun menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak penganut kristian di Malaysia.
Sekian.
Monday, January 4, 2010
ANAK YATIM
Semalam si dia memberitahu aku keluarganya hendak mengambil anak angkat...yang merupakan seorang anak yatim..ermmm...murni sungguh hasrat itu. Kalau kita banyak harta dan kaya dan bersedekah di jalan ALLAH swt..maka kita akan jadi mulia. Moga ALLAH swt akan membalas kebaikan dan amal jariah keluarga dia. Aku bukan hanya kagum dengan dia...tapi juga keluarganya.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” Bayangkanlah Rasulullah saw umpamakan mereka yang menolong anak yatim dengan baginda seperti itu.
Ditegaskan oleh Allah dengan firman-Nya dalam Surah Al-Ma’un Ayat 1-3 yang ertinya ”tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang mensia-siakan anak yatim dan orang-orang yang tidak peduli terhadap nasib orang miskin”.Berusaha mencari kekayaan dan harta amat dituntut dalam islam. Nabi Ibrahim a.s diriwayatkan mempunyai beribu-ribut haiwan ternakan dan anjing gembalanya diriwayatkan ada seribu ekor dan dipakaikan dengan rantai leher emas. Tapi Nabi Ibrahim a.s tidak lalai dalam mematuhi suruhan ALLAH swt. malah lebih tegar beribadat dan takut kepadaNya. Nabi Daud a.s adalah seorang raja (King David), Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan ramai lagi contoh Nabi dan Rasul yang taat pada ALLAH swt walaupun diberi kekayaan yang melimpah ruah.
Teringat aku pada dua kanak-kanak yang pernah aku jumpa semasa aku menjalani latihan industri pada tahun 1993. Aku duduk bujang bersama kawan-kawan di flat seksyen 1 Wangsa Maju. Bila hari minggu waktu petang dua adik beradik, lelaki dan perempuan, umurnya dalam 6 & 7 tahun datang menjual kuih. Mereka menjual kuih dari pintu ke pintu, naik dan turun tangga sambil membawa dua bakul kuih. Macam-macam kuih ada kekadang karipap, koci, goreng pisang dan macam-macam lagi. Aku pernah tanya mereka, mereka kata bapa mereka telah tiada (samada dah meninggal atau tak, tak tau lah), mereka tinggal dengan ibu mereka saja dan ibu mereka bekerja dan pada malamnya ibu membuat kuih untuk dijual. Aku tengok lengan budak lelaki tu dah macam ada kesan masuk kedalam dalam setengah inci. Aku tanya kenapa dengan tangan tu. Dia jawab sebab dok bawak bakul kuih tu selalu sebab tu lengan jadi camtu.
Selalu aku beli lebih kekadang 5 ringgit kekadang 10 ringgit walaupun tadak orang nak makan kuih tu. Sedih aku mengenagkan dua beradik tu. Budak tu memang mengingatkan diri aku. Tak tahu apa jadi dengan budak tu. Semoga dua beradik tu menjadi orang yang berguna kepada agama dan negara.
"Jangan kita fikir kita susah kerana akan ada orang lagi susah dari kita"
"Jangan kita fikir kita kaya kerana akan ada orang yang lagi kaya dari kita"
"Tengok ke bawah untuk letakkan di mana diri kita, pandang ke atas untuk jadikan dorongan kepada kita".
WASSALAM..
Sunday, January 3, 2010
TAHAP PENDIDIKAN YANG SEMAKIN KE BELAKANG?
Fikir-fikirkanlah...
Saturday, January 2, 2010
MAK AKU...
Tapi ramai orang tak tahu derita mak aku..susah mak aku...kepayahan dia menjalani hidup...berapa banyak air mata dia gugur sepanjang hidup dia. Mak aku pernah buat macam-macam dalam hidup dia, menoreh, bersawah, menjual, menanam sayur, bela lembu, cari kayu, buat kuih..mcm -mcm lagi semata-mata untuk mencari rezeki.
Tiada orang yang boleh membuatkan aku mengalirkan air mata...selain mak aku. Setiap kali aku mengenangkan kisah silam mak aku...aku menitis air mata. Berapa banyak banyak air mata aku keluar setiap kali mengenangkan mak aku pun aku tak tau. Paling aku tak boleh lupa suatu hari aku minta duit dari mak aku untuk bayar yuran sekolah. Aku darjah dua kot masa tu. Mak aku cakap dia takder duit. Tapi aku minta juga sebab cikgu dah minta banyak kali, aku tak nak pegi sekolah kalau mak aku tak bagi duit sebab aku malu dengan kawan-kawan. Mak aku keluar rumah pegi kedai runcit berhampiran. Aku ikut belakang mak aku, sampai di kedai mak aku cakap ngan tuan kedai dia nak berhutang duit. Bukan dapat duit tapi maki hamun tuan kedai yang dapat sebab dah banyak hutang mak aku kat kedai tu dalam buku tiga lima. Menangis mak aku, dia dukung aku berlari balik rumah, banyak air mata mak aku tumpah atas baju sekolah aku. Lepas hari tu aku tak minta duit dengan mak aku lagi.
Hari ni aku jadi camni pun sebab mak aku...berkat doa mak aku...masa sekolah setiap kali apa aku nak buat apa-apa aku ingat mak aku..tak tau camana nak membalas jasa mak aku. Kesakitan dia semasa melahirkan aku pun takkan terbalas. Aku tak pernah rasa sakit camtu. Orang kampung tanya aku kenapa dalam ramai-ramai adik beradik kau kau paling kecik?..aku jawab aku ikut mak aku...dia orang tanya apesal kulit aku berbeza ngan adik beradik aku lain?..aku jawab aku ikut mak aku. Mak aku sayang aku...selalu dia cerita ngan orang aku belajar pandai sampai pegi luar negara. Mak aku nak pilih menantu untuk aku aku tak nak, aku cari sendiri, mak aku tetap sayang dengan aku. Mak aku sayang anak-anak aku sebab dia sayang aku. Dia tak pernah tunjukkan dia tak sayang aku. Aku berjaya dalam pelajaran sebab mak aku. Aku bukan pandai sangat dalam pelajaran. Semua sebab berkat doa mak aku. Kalau tak ada mak aku tak tau aku sekarang jadi apa. Tak tahu camana nak balas jasa mak aku.
Tapi aku tak tahu apa sebenarnya dalam hati dia. Aku tak tahu samada berapa banyak aku pernah sakiti hati dia. Takut aku memikirkan kisah Al-Qamah di zaman Rasulullah SAW tu. Takut aku takkan masuk syurga sebab mak aku sakit hati dengan aku. Selalu masa kecil aku tak dengar cakap mak aku. Dia suruh pegi kedai beli barang dapur aku minta upah 20 sen, kalau tidak aku malas pergi. Dia pesan suruh mandi sebelum maghrib aku selalu lalai, dia suruh sembahyang tepat pada waktu aku selalu lalai. Selalu dia nasihat aku...tapi aku tak ikut..aku buat pekak jer. Aku berdosa ngan mak aku.
Hanya aku dan adik Aku mengaji dengan mak aku. Sabar dia mengajar aku mengaji. Tapi aku yang malas. Tak habis aku mengaji dengan mak aku. Sakitkah hati dia?. Walaupun aku degil mak aku tetap sayang aku. Aku manja dengan mak aku. Masa kecik, Aku selalu ikut dia pegi bagi minum air lembu, pegi sawah, tolong dia kat dapur, tolong dia tanam sayur. Satu hari dia pura-pura tinggalkan aku macam cerita batu belah batu bertangkup tu. Dia menyorok balik semak. Aku menangis sebab aku ingat mak aku dah lari. Dulu aku malu bila dia cerita dengan adik beradik lain, sekarang aku tak malu lagi sebab aku sayangkan mak aku. Satu hari aku terseliuh kaki sebab main bola, balik waktu maghrib. Banyak dia berleter, tapi lepas isyak dia dukung aku pegi jumpa tukang urut. Hati seorang ibu kan.
Sekarang mak aku selalu telefon sebab tanya aku balik kampung ke tidak. Pendengaran dia pun dah kurang baik. Susah nak bercakap dengan dia. Sepatutnya aku menjaga dia bila dia tua ni tapi aku dok kat Kuala Lumpur pulak. Aku bercita-cita nak menjaga mak aku sebelum dia menutup mata. Aku nak jaga dia sama seperti dia jaga aku masa kecik dulu. Dia dukung aku, dia basuh berak aku, dia pakaikan baju aku, dia jaga aku dari semut, nyamuk dan apa-apa yang nak gigit aku. Camtulah juga aku nak jaga dia.
Mak aku seorang saja...
Aku sayang mak aku...
Biar orang tahu aku sayang mak aku..
Aku berdoa dengan ALLAH agar diberi peluang menjaga dia sebelum dia menutup mata. Video ni buat aku mengalir air mata setiap kali aku menontonnya sebab sama sebijik masa aku dengan mak aku masa kecik-kecik dulu. Semoga aku dimurahkan rezeki dapat balik kampung menjaga dia. INSYALLAH..
Ya ALLAH berikan aku waktu untuk menjaga mak aku.
KALIMAH ALLAH MILIK ISLAM SAHAJA?
Adakah secara lazimnya perkataan ALLAH digunakan oleh penganut Kristian di Negara ini? Menurut sahabat-sahabat saya yang beragama kristian di Negeri Sabah dan Sarawak mereka menggunakan perkataan ALLAH secara lazim semasa di Gereja. Persoalannya adakah wajar penganut agama kristian menggunakannya secara rasmi dalam penerbitan mereka?
Kitab bible menyatakan tuhan sebagai 'GOD' atau 'LORD'. Konsep ketuhanan penganut kristian amat berbeza dengan penganut islam. Ketuhanan agama kristian yang berkonsepkan triniti iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan roh. Tidak seperti agama islam yang berkonsepkan tuhan esa atau tunggal, tiada anak dan diperanakkan. Perkataan ALLAH sememangnya ditulis di dalam al-quran dan disebut dari zaman Rasulullah saw hingga ke hari ini dan digunakan secara mutlak oleh penganut islam di seluruh dunia.
Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:
Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya. Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALLAH SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.
Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.
Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka.
Adakah penganut kristian perlu menggunakan kalimah ALLAH dan kenapa baru sekarang isu ini timbul dan dipohon di mahkamah? Adakah keputusan penghakiman oleh mahkamah tinggi menjejaskan keharmonian beragama di Malaysia? Yang pasti ini adalah permainan kotor pihak kristian yang sentiasa mahu memecahbelahkan umat islam di Malaysia.
Yang jelas di sini keputusan tersebut boleh mendatangkan implikasi yang buruk kepada umat islam di Negara kita. Umat islam di Negara kita yang sememangnya rapuh dalam akidah boleh menjadi terkeliru dan mudah terkeluar dari landasan akidah. Remaja dan generasi baru yang rata-rata lalai dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral adalah kumpulan yang mudah terkeliru dengan situasi ini.
Bangsa melayu yang menerima islam secara baka ataupun menerima islam tanpa perjuangan adalah bangsa yang mudah menerima kepercayaan yang karut marut. Sejarah membuktikan tanah melayu yang menganuti agama hindu semasa kerajaan langkasuka atau lembah bujang mudah menerima kepercayaan yang berbentuk mistik dan kedewaan. Penerimaan islam hanya berlaku bila parameswara bermimpi melihat pandakwah arab yang bersembahyang ditepi pantai. Pada keesokan harinya beliau melihat perkara tersebut dan mengisytiharkan agama islam adalah agama rasmi tanah melayu. Begitulah islam yang kita terima pada hari ini tanpa perjuangan dan masih bercampur aduk dengan budaya dan adat agama hindu. Kita boleh melihat dalam upacara pekahwinan dimana adat resam hindu masih diamalkan dan sukar dibuang dalam pemikiran orang melayu.
Keputusan mahkamah ini perlu kita tentang dan terima kasih kepada semua pihak yang sedar akan bahaya ancaman ini.
Nasharuddin Mat ISa hari ini menyifatkan keputusan mahkamah tersebut merupakan ancaman besar kepada umat islam dan mengajak seluruh umat islam bersatu menentang ancaman ini. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh umat islam di Malaysia bersatu tanpa mengira warna politik. Sempena menempuh tahun baru 2010 ini keputusan mahkamah ini ada hikmahnya untuk umat islam di Malaysia. Kita sepatutnyer sedar bahawa perbezaan politik tidak boleh menjadi penghalang kepada perjuangan islam. Islam yang kita terima dan warisi.
JADIKAN TAHUN 2010 TAHUN PERPADUAN UMAT ISLAM MALAYSIA
ALLAHUAKBAR
Friday, January 1, 2010
SELAMAT DATANG 2010
Sambutan tahun baru 2010 di dataran merdeka sungguh meriah, 20,000 hadir untuk memeriahkan sambutan, konsert yang di hadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, dan dihiburkan oleh amy search, ella dan bunkface menggamatkan suasana sebelum bedilan bunga api tanda ketibaan 2010 pada jam tepat 12tgh mlm. Begitulah hangatnya sambutan tahun baru kalendar gregorian yang bukan hanya di Malaysia malah diseluruh dunia.
Alangkah indah kalau Maal Hijrah atau awal muharram disambut secara besar-besaran. Tapi hakikatnya sambutan maal hijrah hanya disambut sederhana dan lebih malang lagi ramai antara kita tidak mengetahui pun maksud sebenar maal hijrah, kenapa kita menyambut maal hijrah? dan apalagi menghayati pengorbanan Nabi besar junjungan kita dalam menyebarkan syiar islam di muka bumi ini.
Walaupun ramai antara kita tidak mengetahui apakah maksud sebenar tahun baru itu, tetapi itu tidak pernah menjadi isu kepada mereka, apa yang mereka tahu sambutan tahun baru mesti disambut dengan meriah, menari, berjoget, konsert, berpesta dan berseronok sampai ke pagi. Lebih malang lagi pemerintah atau kerajaan menyediakan platform yang baik untuk mereka bergembira dan melakukan maksiat. Dataran merdeka, bintang walk dan uptown bangsar sudah menjadi tempat yang tidak asing lagi untuk menyambut tahun baru di ibu negara. Berita hari ini banyak juga menunjukkan pasangan-pasangan ditangkap khalwat di malam tahun baru. Ini sudah menjadi trend dan lama-lama kelamaan akan menjadi budaya yang berakar umbi dalam rakyat kita.
Mengikut persepakatan gereja-gereja kristian eropah barat Tahun baru atau 1hb januari adalah hari kelapan Nabi Isa berkhatan. (8 hari dari tarikh kelahiran 25th Dis (krismas)). Ini telah ditetapkan sebagai permulaan kalendar gregorian. Dalam kalendar cina, tahun 2010 digambarkan sebagai tahun harimau besi yang membawa lebih kekuatan dan mampu menyahut cabaran.
Manakala dalam kalendar hijrah 1 muharram telah di kira sebagai tarikh permulaan tahun baru. Ini telah ditetapkan semasa perbincangan Saidina umar al khattab dan Saidina Ali r.a. Walaupun penghijrahan Nabi kita pada bulan rabiulawal tapi 1 muharram telah dikira sebagai permulaan tahun kerana detik hijrah telah dirancang oleh Nabi saw. pada bulan muharram.
Kerosakan akhlak anak-anak muda semakin parah. Kes ragut, buang anak, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi berita yang kekadang tak mampu dijangkaui oleh fikiran kita. Semakin benci melihat platform-platform yang dihidangkan setiap hari oleh pemerintah kita samada di kaca tv atau pun program-program lain yang langsung tidak mendatangkan faedah. AF, Malaysia IDOL, Gangstarz, konsert-konsert dan bermacam-macam lagi rancangan realiti atau 'talk show' yang memberi seribu harapan kepada anak muda untuk menceburi bidang hiburan yang menyediakan platform kearah kemaksiatan.
Bagi aku 2009 adalah tahun yang indah...banyak kejayaan dicapai...lulus peperiksaan PTK 3 & 4...lulus pendaftaran professional juruukur bahan, mendapat 4 flat semester 2 program master dan bertukar kerja ke cawangan yang lebih memberi motivasi. Dan yang paling indah pada tahun 2009, mengenali seorang insan yang mendorong diri ke arah kejayaan dan ke jalan yang diredhai oleh ALLAH swt.
ALHAMDULILLAH...SYUKUR..
Semoga tahun 2010 membawa lebih keberkatan bagi semua dalam semua segi samada ekonomi, politik, keredhaan ALLAH swt dan ketenangan hati.
TERLELAP...
segan la kawan jiran tu...
pastu jumpa kawan tu kat majlis jiran lain plak lepas jumaat...sempat la minta maaf ngan dia..
pasal kes terLELAP ni teringat plak pasal kes bas ekspres sani yang eksiden tu...takziah ke atas semua 10 mangsa yang terlibat. Driver tu ngaku dia terLELAP, errmm....payah jugak tu kan...
Semalam dengar2 driver tu kene dakwa plak...ermm...
Adil ke?
Jangan semata-mata kerana nak memuaskan hati 10 keluarga mangsa kita buat pendakwaan...kita sepatutnyer lebih rasional...tapi di Malaysia ni memang camtu...ada je kes mesti nak buat pendakwaan...semua pihak melenting...sibuk cadang tu cadang ni...cadangan tak masuk akal pun ada...tak bagi bas ekspres jalan malam...hahaha...saper nak naik bas ekspres siang hari?...hahaha...lingkup lah syarikat bas tu..
Teringat aku masa kisah penhijrahan Nabi junjungan kita Muhammad SAW...ketika Nabi kita dikepung oleh tentera Quraisy bersama Saidina Ali a.s, Rasulullah mengambil segenggam pasir lalu menabur kepada tentera berkuda Quraisy..maka terLELAPlah tentera Quraisy tu...
TerLELAP adalah kuasa ALLAH...kita menguap, mengelip mata...dan lain2 lagi fenomena anggota badan kita adalah dengan kuasa ALLAH swt...sekiranya benar driver tu terLELAP...ermm...kesian dia sekiranya dia dikenakan penjara 20 thn...bagaimana dengan anak-anaknya?..isterinya?...
semata-mata hendak memuaskan hati 10 keluarga...
Aku pun pernah terLELAP semasa memandu...rasa mcm tak ngantuk...tetapi hilang 1-2 saat...hampir nak langgar signboard di merapoh masa balik kampung 2-3 tahun lepas...ALHAMDULILLAH...dengan izin ALLAH..aku selamat...
CALL...
Fikiran asyik memikirkan dia, apa dia buat? sihat ke dia? dia pakai baju apa? dia makan apa?...(walaupun aku tak pernah jumpa dia). Tgh syok memecut deringan handphone atas seat penumpang sebelah berdering...rupanyer..si dia call...missed!..dia call kali kedua...aku cuba jawab...bateri out!!...alamak rugi betoi...ermm...aku pecut sampai Cherating...kul 7 sampai Holiday Villa..
Malam aku sms...dia jawab ok...aku call...lama baru dia angkat..ermmm...dapat jugak dengar suara dia...tapi ramai orang rumah dia...bunyi tak selesa jer...so...babai..anyway nyesal la plak...
Esoknya sebelum mesyuarat dia call...dia kata semalam tak sesuai bercakap...ok...no harm done...aku sentiasa faham keadaan dia...aku yang bersalah dalam hal ni..
Aku kekadang pening memikirkannya...sebolehnya aku tak nak call...sbb nyusahkan dia...lagipun aku tak pasti dia suka ke idak aku call dia...ntah2 dia tak suka...tapi dia cakap dia suka...pastu aku berjanji takkan call atau sms..
tapi dia plak call kekadang...sms...ada missed call...tak tergamak plak kalau tak reply...serbasalah aku jadinya...
sebenarnya aku seronok dapat mendengar suara dia...aku cukup suka hilai tawanya...kenapa ntah...suka...tak tau naper...
lepas meeting aku terus cabut balik kl......ingat nak stay sehari lagi...rasa boring plak.. aku memandu laju lagi...sampai stereng gegar...180-200km/j aku bedal...kete aku pun dah steady lagi...dulu aku cukup jaga...skg ni aku tak jaga kot..alignment dah lari ler tu...cinta pada benda tak bernyawa camtulah..bukannya kekal...
Cinta aku pada dia pun takkan kekal...tak tau sampai bila...
JAGALAH IBUMU....
Allah berfirman, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula...(al-Ahqaf: 15)
Pernah suatu ketika, Rasulullah didatangi oleh seorang budak yang bertanya, “ibu saya lumpuh lalu semua urusan seperti memandikan dan menyuap makan saya lakukan sepenuhnya. Saya berkhidmat kepada ibu. Adakah perbuatan itu sudah dikira berbakti kepada ibu saya?”Rasulullah bersabda, “belum walaupun satu peratus tetapi engkau tidak termasuk anak derhaka.”
Pendek kata, walau sehebat itu pun khidmat anak kepada ibu, ia masih belum mencukupi untuk membalas jasa dan susah payah ibu melahir, mendidik dan membesarkan kita.Larangan menderhaka kepada ibu bapa dinyatakan secara jelas dalam surah al-Israk: 23. Apakah ciri-ciri derhaka itu? Dalam ayat tersebut Allah berfirman, Dan Tuhanmu memerintahkan supaya jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya lanjut usia dalam pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Jika berkata ‘ah’ pun tidak boleh apatah lagi menyakitkan hati, memukul atau sehingga membunuh yang menjadi sebesar-besar dosa.
Dosa kita kepada ibu bapa ini adalah dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sepatutnya, kita perlu melayan mereka dengan sebaik mungkin, mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka semasa hidup lebih-lebih lagi apabila mereka telah mati. Mendoakan ibu bapa adalah antara sifat anak yang soleh. Perbuatan mengangkat suara kepada ibu bapa sudah dikira derhaka. Kalau mengangkat tangan (memukul) lebih teruk lagi derhaka seseorang anak itu.
Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda ditanya oleh seorang pemuda, “siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik”. Rasulullah bersabda, “ibumu, kata pemuda itu lagi, selepas itu, ibumu, selepas itu, ibumu, selepas itu, bapamu.”Ada juga pendapat mengatakan dua pertiga daripada khidmat bakti anak adalah untuk ibu dan hanya satu pertiga untuk bapa. Terutama apabila ibu sudah lanjut usia. Ini membuktikan betapa menghormati ibu itu adalah wajib selagi mana ia tidak menyalahi perintah Allah. Pepatah Melayu ada menyebut, seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak tidak boleh menjaga seorang ibu. Apakah maksud yang tersirat di sini? Ibu ini oleh sebab kasih sayang yang terlalu hebat terhadap anak-anak masih mampu tersenyum menjaga dan membesarkan walaupun 10 anak. Tetapi kasih anak kepada ibu sedikit sahaja.Sepatutnya anak-anak perlu berebut-rebut untuk menjaga ibu bapa semasa mereka sudah tua. Sebabnya, rumah siapa yang dipilih oleh ibu tinggal itulah anak yang soleh atau solehah. Dalam hal ini, ibu bapa juga berperanan mengasuh dan mendidik anak dengan baik sejak mereka kecil. Ini supaya apabila kita tua, anak-anak pula akan menjaga kita. Ini ditegaskan oleh Rasulullah dalam sabdanya, berbuat baiklah kepada ibu bapa kamu nescaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu. Jika ada perselisihan atau masalah dengan ibu bapa selesaikan segera. Sebagai anak, kita jangan ego walau setinggi mana kedudukan atau jawatan kita.
Ibu tetap ibu walaupun jika mereka itu buta huruf. Sabda Rasulullah, “sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga. Begitulah juga pada waktu petang. Tetapi barang siapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredai oleh ibu bapanya maka terbuka dua pintu neraka”. Sebab itu anak-anak perlu segera memohon maaf kepada ibu bapa jika berselisih faham. Jangan biarkan sehingga tidak bertegur sapa bertahun-tahun lamanya.Jika semasa kecil kita tidak mendapat didikan yang sewajarnya disebabkan oleh keadaan ketika itu, apabila dewasa hendaklah kita memaafkan ibu kita. Adakah perbuatan menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang-orang tua itu boleh dianggap ‘membuang’ mereka dan derhaka? Dalam hal ini, kita tidak boleh menghukum semua perbuatan sedemikian sebagai menderhaka. Namun, menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang tua-tua hendaklah menjadi pilihan terakhir bagi mana-mana anak. Jika dalam situasi anak tidak mampu menjaga ibu bapa disebabkan mereka lum h, anak tersebut perlu memilih tempat yang ibunya reda. Kalau dengan reda, itu tidak mengapa.Tetapi jangan pula menghantar ibu bapa ke pusat jagaan kerana hendak melepaskan tanggungjawab. Golongan beginilah yang dianggap menderhaka.Namun begitu, tidak ada ibu bapa yang suka tinggal di rumah orang tua-tua. Mereka lebih suka tinggal bersama anak dan cucu. Oleh sebab itu, anak-anak kena berfikir 100 kali sebelum bertindak menghantar mereka ke pusat jagaan tersebut.
Bagaimanakah kisah ‘Alqamah atau si Tanggang dapat dijadikan pengajaran oleh anak-anak sekarang? Kedua-dua kisah ini mempunyai persamaan dari segi perbuatan anak yang tidak mahu makan masakan ibu sehingga menyebabkan ibu tadi berkecil hati. Kes si Tanggang, dia enggan makan pisang salai yang dimasak oleh ibunya selepas beroleh kekayaan sehingga menyebabkan hati ibunya terguris. Akhirnya Tanggang disumpah menjadi batu.
‘Alqamah pula adalah anak yang baik. Setiap kali pergi ke masjid, dia akan menziarahi ibunya. Cuma pada suatu hari, ibunya memberitahu ingin pergi ke rumah ‘Alqamah. ‘Alqamah dan isterinya amat gembira mendengar berita tersebut. Mereka pun menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai menyambut kedatangan ibu ‘Alqamah.Rupa-rupanya, ibu tadi membawa makanan yang telah dimasaknya untuk dinikmati di rumah ‘Alqamah. Bagaimanapun, isterinya menyimpan makanan tersebut dan menghidangkan apa yang dimasaknya. Disebabkan perkara itu, ibu ‘Al`qamah berkecil hati sehingga menyukarkan anaknya itu menyebut kalimah tauhid semasa sakaratul maut. Rasulullah pun diberitahu tentang hal tersebut dan baginda bertanya kepada ‘Alqamah bagaimana hubungannya dengan ibu. Lalu beliau menjawab, ada sedikit salah faham. Rasulullah kemudiannya memanggil ibu ‘Alqamah dan memintanya memaafkan anaknya supaya boleh mengucap syahadat. Bagaimanapun, ibunya enggan kerana hatinya sangat terguris akibat peristiwa tempoh hari.Oleh sebab itu, Rasulullah mengarahkan para sahabat mengumpul kayu untuk membakar ‘Alqamah. Sabda baginda, sebelum dibakar di akhirat aku ingin tunjukkan dia dibakar di dunia. Melihatkan keadaan itu, barulah ibunya memaafkan ‘Alqamah. Sejurus itu, barulah ‘Alqamah boleh mengucap dengan lancar.
Satu contoh lagi ialah kisah Juraij. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat. Setelah lama tidak bertemu, pada suatu hari, ibunya datang ke rumah Juraij dan mengucap salam. Ketika itu Juraij sedang solat sunat di tempat khas di dalam rumahnya. Kerana terlalu kuat beribadat, Juraij tidak menghiraukan kedatangan ibunya. Sebaliknya dia meneruskan solat sunat.Ini menyebabkan ibunya berkecil hati dan berdoa supaya anaknya dipertemukan dengan wanita jahat. Kebetulan berdekatan kediaman Juraij terdapat sekumpulan pengembala kambing wanita. Salah seorang daripadanya amat tertarik kepada Juraij tetapi dia mengetahui yang tidak akan mendapat perhatian daripada Juraij. Wanita itu pun berzina dengan pengembala kambing yang lain dan apabila mendapat anak mendakwa itu adalah hasil hubungannya dengan Juraij. Apabila berita itu tersebar, maka penduduk kampung datang memukul Juraij kerana mendakwanya bertopengkan agama tetapi sebenarnya jahat. Akhirnya, Juraij meminta kebenaran untuk bertanya dengan bayi itu siapakah bapanya yang sebenar. Dengan kuasa Allah, bayi yang masih merah itu boleh berkata-kata dan menceritakan hal yang sebenarnya. Barulah Juraij dilepaskan oleh penduduk kampung.
Kisah-kisah ini memberi pengajaran kepada kita betapa pentingnya kita menghormati ibu. Hatta dalam kesibukan beribadat pun tidak boleh dijadikan alasan mengabaikan ibu. Apa yang penting, kita perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa.Ingatlah sabda Rasulullah, “dua perkara yang siapa melakukannya akan diazab oleh Allah semasa di dunia lagi iaitulah berbuat zalim dan menderhaka kepada ibu bapa. "Ramai yang menyedari harga kasih sayang ibu setelah mereka meninggal dunia. Bagaimana kita menunjukkan kasih sayang kepada mereka semasa hayat masih ada? Elakkan daripada perbuatan yang menyakitkan hati atau yang boleh merunsingkan fikiran mereka. Tunjukkan kasih sayang kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dan menjaga kita semasa kecil.Kalau kesihatan mereka kurang baik, boleh kita bekalkan dengan makanan tambahan supaya mereka lebih sihat dan bertenaga untuk beribadat. Selepas kematian mereka bukan bermakna tugas anak sudah selesai. Sebaliknya kita perlu terus berkhidmat dengan mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah dan diangkat martabat mereka. Doa anak soleh kepada ibu bapa adalah antara tiga perkara yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad yang dapat membantu Muslim selepas kematian. Seperkara lagi yang boleh dilakukan apabila ibu bapa meninggal ialah berbuat baik dengan adik-beradik dan sahabat mereka. Bagi mereka yang tidak mempunyai anak, adalah menjadi tanggungjawab anak saudara menjaga ibu saudara semasa mereka lanjut usia. Anak-anak saudara tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.
SEKIAN
TAAT KEPADA IBU BAPA
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Riwayat al-Hakim
Huraian : Pengajaran hadis:
i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.
PULUT LEPA
kata orang pantang lepa...nanti habis la pulut lepa...mak aku memang pakar buat pulut lepa. Satu kampung memang tahu pulut lepa mak aku memang sedap. Mak aku juga pakar buat ketupat palas. Kalau dimusim perayaan banyak la tempahan ketupat orang kampung yang mak aku terpaksa buat. Katanya kalau tak dibuat nanti terasa hati..maka dia terpaksa bersengkang mata buat ketupat sampai pagi.
Mak aku dah biasa camtu...dari aku kecil sampai sekarang..kerjanya buat kuih..mcm2 kuih dia buat..kuih bengkang...akok..mcm lagi...aku pun kekadang tak tahu nama kuih tu... mak aku hampir separuh dari usianya buat kuhi saja...tak ada keje lain. Dengan berkat rezeki mak aku buat kuih la aku dapat hidup begini sampai hari ini...ALHAMDULILLAH...
Orang lain tak mungkin dapat mengerti betapa susahnya buat pulut lepa tu..kecuali mak aku...pulut lepa dia tu dijual digerai-gerai nasik berlauk waktu pagi. Masa petang barulah dia pegi ambik hasil jualan disetiap kedai. Kekadang aku kene hantar kat kedai-kedai waktu pagi.
Dari jualan buat pulut lepa tu la aku dapat bersekolah...sampai jadi camni hari ni...
Aku sentiasa rindu pulut lepa mak aku...